Info

Refinance Rumah
KELEBIHAN REFINANCE RUMAH ANDA


Sekiranya nilai rumah anda (ditentukan nilai pasaran atau melalui kiraan penilai profesional) melebihi baki pinjaman yang tinggal, anda boleh “cash out” perbezaan tersebut dengan interest refinance. Jadi “cash out” sebenarnya sejenis pinjaman peribadi di mana anda menggunakan rumah sebagai cagaran. Jumlah yang layak dipinjam adalah “nilai rumah” tolak “baki pinjaman yang belum berbayar”. Jumlah ini juga digelar sebagai ekuiti yang membawa maksud bahagian nilai rumah yang dimiliki tuan rumah selepas ditolak hutang.

Contoh: Katakan rumah anda dibeli 10 tahun yang lepas berharga RM250,000. Andaikan rumah anda sekarang bernilai RM350,000. dan baki pinjaman anda adalah RM200,000. Maka apabila anda refinance, anda ada opsyen untuk cash out RM350,000 tolak RM200,000 = RM150,000.

Opsyen cash out ini boleh dinikmati oleh semua pemilik rumah selagi terdapat perbezaan positif antara nilai rumah sekarang dan baki pinjaman.
Wang daripada “Cash Out” refinancing ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Biasanya, pemilik rumah menggunakan dana tersebut untuk:
-Pembaikan dan ubahsuai rumah (renovation) Sekiranya ubahsuai rumah dilakukan dengan professional ianya mampu meningkatkan nilai rumah lebih daripada kos pengubahsuaian. Justeru, pemilik rumah bukan saja dapat mendapat kepuasan daripada pengubahsuaian tersebut malah ianya juga memberi manfaat ekonomi apabila tuan rumah menjual rumahnya kelak.


-Membiayai yuran kolej atau universiti Ramai ibubapa tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke IPTA. Maka, mereka boleh menggunakan “cash out” refinancing untuk tujuan pembiayaan kos pendidikan anak-anak.


-Penstrukturan Semula Hutang Sekiranya anda ada hutang kad kredit yang interestnya tinggi dan anda mempunyai masalah menjelaskan hutang tersebut, anda boleh mendapat “pinjaman” cash out refinancing untuk membayar hutang-hutang anda yang lain.


-Pembelian Rumah Baru Ada sesetengah pemilik rumah menggunakan wang daripada cash out ini sebagai down payment pembelian rumah baru
OPSYEN Lain.. -Jimat Interest dan Duit Oleh kerana amaun pinjaman yang terlibat besar dan tempoh pinjaman lama, penjimatan dua atau tiga peratus interest akan membawa kepada penjimatan wang yang banyak kepada peminjam. Sekiranya anda sekarang sedang membayar hutang pinjaman yang kadar faedahnya tinggi, maka anda perlu mempertimbang sama ada untuk refinance khasnya apabila kadar pinjaman perumahan rendah.


-Menurunkan Ansuran Bulanan Sekiranya anda dapat membuat refinance dengan pinjaman kadar faedah yang rendah, anda boleh mengurangkan ansuran bulanan. Ataupun anda boleh memilih untuk mengekalkan jumlah ansuran pinjaman setiap bulan tetapi memendekkan tempoh pinjaman.

Thanks Pakar dari CIMB

Hubungi PAKAR Pinjaman Perumahan ANDA.. (24 JAM/7 HARI SEMINGGU) 365 FAST Banking Lokman Hakim Johar Penolong Pengurus Mobile Sales KL CIMB Bank
Handphone : 017 286 0500 Pejabat : 03 9131 4527 Fax : 03 9131 4589 Blackberry Pin : 2348C5C3
Facebook : Lokman Hakim Johar (loque_car@yahoo.com) E-Mail : mohdlokman.hakimjohar@cimb.com ATAU mohdlokman83@gmail.com


-Pinjamanperumahan.info

Jika ingin membeli rumah dengan mengeluarkan  RM dari KWSP, ini adalah prosedur dari KWSP.

———————————————————————————————–

KWSP Pengeluaran Membeli Rumah (Akaun II)

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II untuk membiayai pembelian sebuah rumah seperti berikut :

  • Pembelian secara perseorangan; atau
  • Pembelian secara bersama suami/isteri, ahli keluarga atau individu      yang lain.

Pengeluaran ini juga membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, orang perseorangan atau lelongan awam.

Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya anda adalah:

  • Ahli warganegara Malaysia; atau
  • Ahli warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah      Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian      memilih untuk mencarum semula; atau
  • Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP      sebelum 1 Ogos 1998; atau
  • Ahli bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap  Malaysia (PR)

Anda perlu mempunyai baki simpanan dalam Akaun II anda dan anda juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP.

Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang kurang:

  • Pembelian Perseorangan
    Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan      tambahan 10% lagi daripada harga rumah
    ATAU
    Semua simpanan dalam Akaun II
  • Pembelian bersama Suami/Isteri, Ahli Keluarga Atau Individu Yang      Lain
    Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan      tambahan 10% lagi daripada harga rumah
    ATAU Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan di atas

Sekiranya anda mengambil 100% pinjaman perumahan, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

Sekiranya anda membeli rumah secara tunai, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak amaun harga rumah dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

Anda boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.

Kekerapan Pengeluaran
Pengeluaran ini hanya dibenarkan untuk rumah pertama sahaja. Bagaimanapun, jika ada pernah membuat pengeluaran sebelum ini untuk membeli rumah pertama dan kemudiannya telah menjual rumah tersebut, anda boleh membuat pengeluaran untuk membeli rumah kedua. Bukti penjualan rumah pertama hendaklah dikemukakan.

Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi:

  • Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
  • Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-8922 6000
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373

Sila nyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSP untuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.

Untuk Maklumat Yang Selanjutnya

http://www.kwsp.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s